Peraturan-peraturan asrama adalah untuk mencapai matlamat asrama cemerlang di samping menjamin suasana yang aman dan teratur di asrama. Oleh itu semua penghuni adalah tertakluk kepada peraturan asrama dan kerjasama anda adalah diminta untuk mengikuti peraturan-peratuan tersebut iaitu seperti berikut:-
A PELAJARAN
Kemajuan pelajaran penghuni asrama akan diawasi oleh pihak sekolah/waden-waden.
Masa sekolah
1. Penghuni-penghuni hendaklah mematuhi jadual waktu yang ditetapkan oleh phak pentadbir sekolah.
2. Tidak seorang pun dibenarkan tinggal di asrama ataupun balik pada masa sekolah. Jika ada perkara yang mustahak kebenaran hendaklah diperolehidaripada waden-waden yang bertugas sebelum balik ke asrama.
3. Penghuni-penghuni dikehendaki mengosongkan asrama sebelum 6.30 pagi.
4. Penghuni yang sakit semasa di asrama hendaklah melapor diri kepada waden yang bertugas/matron dan tinggal di bilik sakit di asrama/dirujuk ke klinik.
5. Penghuni yang jatuh sakit semasa kelas tidak dibenar berehat di bilik sakit asrama tapi di bilik sakit di blok pentadbiran sekolah.
Selepas sekolah
1. Setiap penghuni asrama boleh membuat kerja-kerja rumah di bilik rehat asrama.
2. Semua penghuni asrama dikehendaki pergi ke kelas masing-masing untuk sesi belajar malam. Masa belajar malam: selepas isyak hingga 10.00 malam (kecuali malam Ahad)
B. TATATERTIB
FASAL 1 (TATATERTIB)
1. Akhlak
1.1 Semua penghuni asrama mestilah sentiasa berkelakuan baik samada di dalam / di luar asrama.
1.2 Penghuni-penghuni tidak dibenarkan sama sekali berkelakuan tidak senonoh / baik seperti mencuri, merokok, bergaduh, mengguna sebarang jenis dadah atau merosakkan harta-benda asrama.
1.3 Pelajar-pelajar juga tidak dibenarkan menjerit-jerit di asrama.
2. Disiplin
2.1 Badan disiplin yang terdiri daripada Pengetua, PK HEM, warden-warden dan pengawas-pengawas asrama berkuasa menjalankan disiplin di asrama.
2.2 Penghuni yang didapati melanggar peraturan asrama akan diambil tindakan yang sewajarnya.
3. Didikan Agama
3.1 Tiap-tiap penghuni asrama mesti mempunyai keperluan bagi amalan ibadat.
3.2 Penghuni-penghuni asrama diwajibkan menunaikan sembahyang 5 waktu secara berjemaah di masjid sekolah.
3.3 Penghuni lelaki diwajibkan bersembahyang Jumaat di masjid sekolah.
3.4 Semasa penghuni lelaki menunaikan sembahyang jumaat, penghuni perempuan diwajibkan menyertai program keagamaan yang dijalankan oleh pihak sekolah.
3.5 Bagi penghuni perempuan yang uzur dikehendaki berada di dewan makan sekolah semasa Maghrib dan Isyak.
4. Pakaian
4.1 Penghuni hendaklah sentiasa berpakaian menutup aurat, bersih dan kemas..
4.2 Pakaian seragam sekolah hendaklah digunakan pada waktu sekolah, waktu sarapan pagi dan tengahari serta ketika mengikuti aktiviti / program yang dianjurkan oleh pihak luar.
4.3 Penghuni lelaki tidak dibenarkan mengeluarkan baju sekolah dari seluar sebelum
sampai ke dalam bilik asrama.
4.4 Semasa di asrama, penghuni hendaklah memakai pakaian yang sesuai, bersih dan menutup aurat.
4.5 Pakaian yang tidak dibenarkan ialah:-
4.5.1 Seluar jean atau ala jeans.
4.5.2 Seluar pendek.
4.5.3 Seluar yang terlalu labuh atau saiznya terlalu besar atau ketat.
4.5.4 Baju yang mempunyai gambar atau tulisan yang tidak menggambarkan identiti seorang muslim.
4.5.5 Segala jenis pakaian yang tidak menutup aurat dan juga menyerlahkan bentuk badan yang tidak sesuai dengan imej seorang muslimah seperti skirt, baju-T sendat dan lain-lain.
4.6 Pakaian yang sesuai hendaklah digunakan semasa beriadah:
4.6.1 Lelaki : seluar panjang / track bottom dan berbaju-T yang sesuai.
4.6.2 Perempuan : seluar panjang / track bottom dan berbaju-T labuh berlengan panjang serta bertudung labuh.
4.7 Pakaian rasmi kedua hendaklah dipakai semasa balik bermalam dan ketika balik semula ke asrama serta dalam mana-mana aktiviti yang diarahkan oleh pihak sekolah.
FASAL 2 (AKADEMIK)
1. Masa Sekolah
1.1 Kemajuan akademik penghuni asrama akan diawasi oleh pihak sekolah serta warden-warden.
1.2 Penghuni-penghuni hendaklah mematuhi jadual waktu yang ditetapkan oleh phak pentadbir sekolah.
1.3 Tidak seorang pun dibenarkan tinggal di asrama ataupun balik pada masa sekolah. Jika ada perkara yang mustahak kebenaran hendaklah diperolehi daripada warden-warden yang bertugas / PK HEM / Pengetua sebelum balik ke asrama.
1.4 Penghuni-penghuni dikehendaki mengosongkan asrama sebelum 6.40 pagi.
1.5 Penghuni yang sakit semasa di asrama hendaklah melapor diri kepada waden yang bertugas / matron dan tinggal di bilik sakit di asrama / dirujuk ke klinik.
1.6 Penghuni yang jatuh sakit semasa kelas tidak dibenar berehat di bilik sakit asrama tapi di bilik sakit di blok pentadbiran sekolah.
2. Selepas Sekolah
2.1 Setiap penghuni asrama boleh membuat kerja-kerja rumah di bilik rehat asrama.
2.2 Semua penghuni asrama dikehendaki pergi ke Dewan Makan Sekolah untuk sesi belajar malam.
2.3 Masa belajar malam: selepas isyak hingga 10.00 malam (kecuali malam Ahad)
FASAL 3 (KEBERSIHAN DAN KESIHATAN)
1. Kebersihan Dan Kesihatan Diri
1.1 Kebersihan dan kesihatan diri pelajar hendaklah diutamakan.
1.2 Pemeriksaan kebersihan diri penghuni akan dijalankan pada bila-bila masa seperti kuku panjang dan sebagainya.
1.3 Sebarang penyakit/kemalangan hendaklah dilaporkan dengan segera kepada pihak warden atau matron.
2. Kebersihan Bilik Asrama
2.1 Bilik asrama / kawasan sekeliling mestilah sentiasa bersih dan teratur.
2.2 Pemeriksaan akan dijalankan oleh warden yang bertugas setiap hari.
2.3 Makanan dari dapur atau sebarang makanan yang mudah rosak dilarang makan di asrama.
2.4 Pakaian dan alatan harian seperti tuala, sarong bantal, selimut dan cadar hendaklah sentiasa bersih dan kemas.
2.5 Pakaian dan barang-barang yang basah dan kotor tidak boleh disimpan dalam asrama.
2.6 Penghuni asrama ditegah menyidai segala macam pakaian di cermin-cermin tingkap asrama ataupun di Verandah. Tindakan yang tegas akan diambil ke atas penghuni yang melanggar peraturan ini.
2.7 Semua pakaian dan juga buku-buku hendaklah disimpan di dalam loker penghuni masing-masing.
2.8 Semua penghuni hendaklah menggunakan cadar dan sarong bantal dengan warna yang telah ditetapkan.
2.9 Penghuni dilarang menconteng, menampal sebarang tulisan, gambar pada bantal, tilam, loker, katil dan dinding-dinding asrama / tandas / bilik air.
2.10 Bilik hendaklah disapu pada waktu pagi dan petang.
2.11 Tong-tong sampah hendaklah dikosongkan setiap pagi.
2.12 Sebarang alas kaki tidak dibenarkan dibawa ke dalam asrama.
3. Kebersihan Bilik Rehat dan Bilik Sakit
3.1 Kebersihan kedua-dua bilik ini hendaklah dijaga pada setiap masa.
4. Kebersihan Dewan Makan
4.1 Penghuni-penghuni hendaklah menjaga kebersihan dewan makan pada tahap yang tinggi.
4.2 Setiap penghuni mestilah mempunyai pinggan (tray), sudu dan gelas sendiri.
4.3 Kerja pembersihan luar dan dalam dewan makan hendaklah dijalankan selepas minum pagi, makan tengahari dan makan petang oleh penghuni-penghuni yang telah ditetapkan.
4.4 Penghuni dilarang membuang sisa makanan merata-rata seperti atas meja, lantai dan sebagainya. Sisa-sisa makanan hendaklah dibuang ke dalam tong-tong sampah yang disediakan.
4.5 Semua kerja pembersihan selepas makan petang hendaklah siap sebelum 7.30 mlm.
4.6 Waktu makan:-
4.6.1 Minum pagi : 5:50-6:25pg ( Isnin-Jumaat )
6:52-7:10pg ( Sabtu-Ahad )
4.6.2 Makan Tengahari : 2:30ptg -Selepas solat zuhur- ( Isnin-Jumaat )
12:30-1:00ptg ( Sabtu-Ahad )
4.6.3 Makan Petang : 5:30-6:15ptg
** Makan tengahari bagi penghuni perempuan pada hari Jumaat diseragamkan dengan penghuni lelaki.
4.7 Antara adab-adab di Dewan Makan :
4.7.1 Berpakaian kemas. Penghuni lelaki dilaang menggunakan kain pelekat
semasa makan.
4.7.2 Duduk dengan tertib dan berasingan daripada penghuniperempuan di
meja yang telah ditetapkan.
4.7.3 Berbaris dengan senyap mengikut barisan yang telah ditetapkan.
4.7.4 Ambil makanan yang secukupnya untuk mengelakkan pembaziran.
4.7.5 Bersihkan meja sendiri selepas makan. Elakkan membuang sisa-sisa
makanan di atas meja dan lantai.
4.7.6 Penghuni ditegah dengan keras masuk ke dalam bilik dapur pada bila-
bila masa.
4.7.7 Makanan tidak akan disajikan selepas masa yang telah ditetapkan.
4.7.8 Dilarang keras membawa makanan dan minuman ke asrama.
5. Kebersihan Bilik Air Dan Tandas
5.1 Penghuni tidak dibenarkan merendam pakaian di dalam sinki.
5.2 Bekas bungkusan sabun, ubat gigi dan shampoo hendaklah dibuang ke dalam tong
sampah.
5.3 Pakaian yang telah dicuci hendaklah dijemur di tempat jemuran.
5.4 Bilik tandas hendaklah dibersihkan selepas digunakan.
5.5 Penghuni perempuan dilarang membuang tuala-tuala wanita ke dalam mangkok tandas. Sila buang ke dalam tong sampah yang telah disediakan.
5.6 Kerja-kerja pembersihan bilik air dan tandas hendaklah dijalankan setiap hari oleh
penghuni yang telah ditetapkan.
6. Kebersihan Dan Keindahan Kawasan Asrama
6.1 Jangan sepahkan sampah dalam kawasan asrama. Sila buangkan sampah ke dalam tong sampah yang disediakan.
6.2 Semua penghuni asrama bertanggungjawab untuk memperindahkan kawasan
asrama masing-masing seperti menanam pokok-pokok bunga.
FASAL 4 (KEGIATAN LUAR)
1. Aktiviti Riadah
1.1 Semua penghuni diwajibkan mengambil bahagian dalam kegiatan sekolah atau asrama.
1.2 Semua alatan riadah hendaklah disimpan dan dijaga dengan baik.
1.3 Waktu riadah:
: selepas asar - 4.30 ptg-5:30 ptg (Isnin – Ahad)
: selepas kerja kumpulan - 10.00 pg (Sabtu & Ahad)
FASAL 5 (KESELAMATAN)
1. Keselamatan
1.1 Penghuni bertanggungjawab atas keselamatan barang-barang mereka sendiri.
1.2 Barang-barang kemas dan berharga dilarang digua di asrama.
1.3 Alat-alat yang merbahaya seperti pisau dilarang disimpan di asrama.
1.4 Semua jenis peralatan elektrik seperti heater dsb dilarang diguna di asrama.
1.5 Penghuni juga dilarang menggunakan sebarang jenis radio di asrama.
1.6 Penghuni tidak sekali-kali dibenar membuat penyambungan elektrik atau menggunakan lilin dan pelia di asrama. Sila laporkan dengan segera sekiranya ada kerosakan elektrik di asrama.
4.7 Penghuni mestilah mengetahui peraturan keselamatan kebakaran (Firedrill).
FASAL 6 (PENGGUNAAN ELEKTRIK & AIR)
1. Penggunaan Elektrik & Air
1.1 Lampu akan dipadam pada 11.00 malam.
1.2 Jangan pasangkan api atau kipas angin dan juga pili air semasa ketiadaan penghuni. Mana-mana penghuni yang melanggar peraturan ini akan diambil tindakan yang sewajarnya.
FASAL 7 (KE BANDAR DAN BALIK BERMALAM)
1. Keluar Ke Bandar Dan Balik Bermalam
1.1 Penghuni tidak dibenarkan keluar dari kawasan asrama tanpa kebenaran waden bertugas.
1.2 Penghuni dibenarkan ke Bandar pada hujung minggu mengikut giliran masing-masing.
1.3 Sebelum keluar, buku biru hendaklah ditandatangani oleh waden yang bertugas.
1.4 Penghuni dibenarkan balik bermalam sekali sebulan mengikut jadual yang
disediakan, kecuali pada masa-masa kecemasan seperti keluarga terdekat sakit tenat/meninggal ataupun penghuni sendiri yang sakit yang memerlukan jagaan keluarga masing-masing.
1.5 Waktu keluar pada hujung minggu. Setiap penghuni hanya dibenarkan keluar pada satu sesi sahaja.
: Sabtu - 9.00 Pagi – 5.00 Petang
FASAL 8 (PELAWAT)
1. Pelawat
1.1 Penghuni dilarang membawa pelawat ke asrama. Ibubapa atau pelawat lain hanya dibenar berjumpa di kantin
1.2 Pelawat-pelawat tidak dibenarkan membawa kenderaan mereka ke dalam kawasan asrama. Kenderaan-kenderaan pelawat hendaklah diletakkan di tempat letak kereta yang telah disediakan.
FASAL 9 (KAWASAN LARANGAN)
1. Kawasan Larangan
Semua penghuni asrama ditegah memasuki kawasan larangan seperti :
1.1 Asrama Puteri bagi penghuni lelaki
1.2 Asrama Putera bagi penghuni perempuan
1.3 Dapur
1.4 Blok-blok pentadbian dan bilik-bilik kelas pada masa tertentu.
1.5 Kawasan rumah pengetua, flat guru dan berek pekerja.
1.6 Seluruh kawasan sekolah lama.
FASAL 10 (PERATURAN AM)
1. Am :
1.1 Waktu kerja harian : 7.16-8.16 (Sabtu dan Ahad)
1.2 Waktu penggunaan telefon : Selepas Asar – 5.30 ptg (Isnin–Jumaat)
** Penghuni-penghuni asrama adalah tertakluk kepada Peraturan Sekolah.
Lampiran 1
JADUAL HARIAN PENGHUNI ASRAMA
Hari Masa Aktiviti
ISNIN - JUMAAT 0500-0530 Persiapan diri untuk ke masjid dan kelas
0530-0550 Solat Subuh Berjemaah
0550-0625 Sarapan pagi
0640-0655 Perhimpunan Pagi di Dataran Terbuka
0655-0700 Pembersihan Kelas
0700-1030 Sesi pengajaran & pembelajaran
1030-1050 Rehat
1050-1345 Sesi pengajaran & pembelajaran
1345-1500 Solat Zuhur Berjemaah & Makan Tengahari
1500-1620 Prep petang
1620-1630 Solat Asar Berjemaah
1630-1730 Riadah
1730-1830 Makan malam & Persiapan Diri
1830-2030 Solat Maghrib dan Isyak Berjemaah
2030-2200 Kelas Persediaan
2200-2230 Minum malam
2300 Bacaan Doa & Lampu dipadamkan
Hari Masa Aktiviti
SABTU - AHAD 0500-0530 Persiapan diri untuk ke masjid
0530-0600 Solat Subuh Berjemaah
0600-0730 Sarapan pagi
0730-0900 Pembersihan Asrama
0900-1230 Aktiviti Bebas
1230-1300 Makan Tengahari
1300-1330 Solat Zuhur Berjemaah
1330-1600 Aktiviti Bebas
1600-1630 Solat Asar Berjemaah
1630-1730 Riadah
1730-1830 Makan malam & Persiapan Diri
1830-2030 Solat Maghrib dan Isyak Berjemaah
2030-2200 Kelas Persediaan
2200-2230 Minum malam
2300 Bacaan Doa & Lampu dipadamkan